Saturday, April 7, 2018

~Semuanya Telah Tertulis..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni seharian bawa anak-anak berjalan..
Incik Hubby outstation, malam ni baru balik rumah..
Seronok la anak-anak seharian kat luar..
Asyik terperap dalam rumah je..

Tadi kami ke rumah teman saya di Cheras..
Dah lama dia jemput ke rumah barunya..
Baru hari ini berkesempatan melawat..
Cantik rumahnya..
Sedang kami bercerita, dia meluah rasa..
Katanya dia sedang dalam fasa merajuk dengan suaminya..
Alasannya, setiap kali dia perlu ke klinik untuk check up bulanan, ada saja halangan untuk suaminya turut serta..
Setiap kali itu dia harus pergi sendirian..
Jadinya dia lancarkan mogok sebab terasa hati..
Saya senyum saja melayan kerenah dia..
Faham perasaan wanita mengandung..
Cumanya kadangkala kita selalu ikut rasa hati tanpa berfikir panjang..

Saya juga seorang isteri yang berdikari..
Rasanya sepanjang saya mengandungkan anak-anak..
Boleh dikira, berapa kali suami menemani setiap kali check up mengandung, mahupun untuk check up dan imunisasi anak-anak..
Seingat saya, sepanjang mengandungkan Dhian, tak pernah sekalipun suami menemani..
Walau ke klinik mahupun ke HKL..
Appointment Imad pun kebanyakannya saya pergi sendiri..

Ingat lagi tahun lepas..
Saya sepatutnya ke HKL dengan suami untuk appointment Imad..
Berjumpa dengan Pakar Orthopedic bagi membincangkan tentang pembedahan untuk kaki Imad..
2 bulan sudah diingatkan tentang tarikh itu..
Sampai waktu, suami balik kampung untuk kenduri saudaranya..
Maka saya sendirian bawa Imad bersama anak-anak yang lain ke HKL..
Dari pukul 9.15 pagi sampai ke pukul 5.45 petang kami berkampung di HKL..
Memang menyeksakan..
Dengan anak-anak yang mula bosan, hanya makan roti, kesukaran menyusukan Dhian, bateri phone yang habis, berjalan kaki 1km lebih untuk dapatkan teksi dan bermacam masalah lagi..
Namun Alhamdulillah, Allah bantu saya selamat sampai ke rumah..


*Begini keadaan anak-anak.. Waktu ini hampir ke pukul 5 petang.. Kami berehat di bilik anak istimewa..

Baru-baru ini, appointment Imad untuk jumpa Pakar Orthopedic semula untuk buka cast yang dipasang selepas operation..
Tarikh diberi sebulan yang lalu..
Sepatutnya saya pegi dengan Incik Hubby..
Sebab Imad perlu didukung kerana memakai cast..
Pagi yang sepatutnya saya kami pergi..
Incik Hubby membawa jirannya ke klinik atas masalah kesihatan..
Kata Incik Hubby mungkin serius dan kalau perlu, akan dibawa ke hospital..
Maka saya ambil keputusan untuk pergi sendiri dengan Grab..
Dalam hujan yang renyai itu, saya dan anak-anak ke HKL..
Mujur juga pemandu Grab itu sangat baik hati..
Walau berlainan bangsa, namun dia sangat membantu..
Kami sampai setengah jam selepas waktu appointment pukul 9..
Jenuh juga la nak angkat Imad, dengan nak dukung Dhian..
Incik Hubby sampai hampir pukul 11 pagi..

*Cast Imad warna kuning.. Hehehe.. Pakai sebulan lebih sebelum dibuka..

*Hari yang sama, digantikan dengan backslab.. Sementara sebelum dibuatkan splint untuk kai Imad..

Ini saya ceritakan dengan teman tadi..
Tak usah la terlalu bergantung dengan orang waima suami sendiri..
Belajar la berdikari..
Jika mampu buat sendiri, buat la..
Kalaupun saat seharusnya suami menemani, tiba-tiba ada hal yang lain..
Percaya la, itu semua rancangan Allah swt..
Tak perlu salahkan hal yang mengganggu perancangan kita..

Dia diam saja..
Nampak muka dia agak sedikit lega..
Dia senyum sambil ucap terima kasih..
Katanya kisah saya menyedarkan dia..
Terlalu ikut perasaan tanpa memikirkan hal yang lebih penting..
Harapnya hubungan dia dan suami kembali pulih..

Kita lebih suka menyalahkan orang lain atau hal-hal yang telah terjadi tanpa kita berfikir.. Semua yang terjadi atas kehendak DIA.. Maka, siapa kita untuk menidakkan takdir ? Fikir guna akal, bukannya nafsu..

*Beberapa kali juga saya terpaksa batalkan rancangan melawat ayah saya bila sampai saja waktu itu, Incik Hubby perlu jumpa orang, perlu pergi ke UM hantar periuk kuali, pergi lagi ambil oven, meeting kumpulan dan bermacam lagi.. Makanya, saya ambil keputusan, pergi sendiri tanpa Incik Hubby.. Hahaha.. Mudah begitu..

-AkU-
Syurga Addin..
19:07 senja..

Read more…

Friday, April 6, 2018

~Minda Blurr..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama rasanya saya tinggalkan ruangan ini..
Bukan tak nak menulis..
Tapi serasa kaku jemari bila tiba disini..
Saya lebih banyak menulis di blog satu lagi, facebook atau di whatsapp..

InsyaAllah masih ingat ruangan pertama saya ini..
Bertahun-tahun disini..

Selain sibuk dengan urusan rumahtangga dan anak-anak..
Saya mencuba siapkan manuskrip yang tertangguh sekian lama..
Aduhaiiii.. Berabad lamanya nak terjemahkan ilham minda ke ruangan cetak..
Lagi pula, Imad baru lepas operation kaki..
Harus lebih beri perhatian pada Imad..
Jadinya masa agak terhad..
Bukan tak ada cerita untuk dikongsi..
Terlalu banyak, namun kekangan masa menyebabkan segalanya tertangguh..

Tiba-tiba hari ni teringin pula nak menulis disini.. Hehehe..
Sedang fikirkan entry yang sesuai..
Malam sikit lagi boleh start semula..

-AkU-
Syurga Addin..
20:07 malam..

Read more…

Sunday, January 7, 2018

~Tahun Perubahan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah seminggu berlalu tahun yang baru 2018..
Hari berganti warna..
Bulan bertukar wajah..
Tahun berubah musim..

Segalanya berubah..
Dan kita juga harus ada perubahan..
Bukan menetap di tapak yang lama..
Berubah perangai dan tingkah laku..
Menukar idea dan konsep..
Berganti dosa dan keburukan..
Macam-macam yang perlu diubah..
Tak perlu tunggu tahun baru sebenarnya..
Namun boleh saja dijadikan penanda aras..
Asal saja kita mahu berubah..

Tak perlu peduli kata orang..
Kerana orang sendiri tak pedulikan kita..
Ramai yang menanti saat kita tersungkur lalu jatuh..
Menanti ketika untuk lemparkan hina caci saat kita rebah di lantai duka..
Menunggu untuk meletakkan sejuta beban salah atas bahu kita..

Dan kita..
Usah beri mereka kesempatan itu..
Jangan buka peluang itu..
Biar mereka terus menanti..
Moga kepenatan menanti..
Buatkan mereka redha dengan rukun Iman ke 6 yang sudah lama mereka lupakan..

Allah tidak pernah zalim memberi dugaan dan ujian..
Manusia yang seringkali tega menjadi Tuhan menghukum..

-AkU-
Syurga Addin..
15:37 petang..

Read more…

Wednesday, September 27, 2017

~Setiap Penyakit Ada Ubatnya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Pagi ni cuaca redup sikit..
Tidak la sepanas minggu-minggu yang lalu..
Anak-anak tidur pun tak banyak kerenah..

Bercerita tentang anak-anak..
Biasa la, budak-budak..
Ada saja masalah kesihatan..
Sebagai Ibu, saya nak berikan yang terbaik..
Kita berusaha, dan setelah itu tawakkal..
Mudah-mudahan Allah beri kesembuhan..
Walaupun tak menyeluruh, sedikit perubahan sudah boleh membuatkan hati rasa sangat bersyukur..

Muhammad Imad Addin..

Seperti yang semua tahu..
Imad anak istimewa..
Disahkan cerebral palsy sejak berumur setahun lagi..
Imad juga ada epilepsy..
Masa umur setahun hingga 2 tahun..
Setiap bulan mesti kena sekurang-kurangnya sekali..
Hospital bekalkan Imad ubat Epilim, 2 kali sehari, setiap hari..
Beberapa bulan dengan ubat tu, sawan Iman makin bertambah..
Doktor pakar tukarkan ke ubat Carbamazepine pulak..
2 tahun bersama ubat tu, sawan Imad tak berhenti..
Doktor pakar tambah pulak ubat Keppra..
Dos makin bertambah, selari dengan pertambahan berat Imad..
Tapi sawan Imad masih tak berhenti..
Diazepam dah macam best friend..
Ke mana pergi, mesti kena bawak..
Walaupun pergi rumah mak..
Tahun lepas kami stop bagi ubat hospital kat Imad..
Try supplement alternative pulak..
Produk Dr. Azimuth.. Gluastacol, gamat maxx dan vco habbatussauda..
Dua bulan guna, sawan Imad berkurangan..
Sebab ada masalah sikit, kami tak bagi dah supplement tu..
Penghujung tahun lepas, adik ipar mai rumah..
Bagi satu cream untuk cuba sapu pada Imad..
Oh, selain masalah CP Dan epilepsy, kaki Imad juga ada masalah..
Imad tak boleh nak berdiri dengan tapak kaki rata atau rapat ke lantai macam kaki normal..
Macam flat foot la lebih kurang..
Disebabkan tak stabil, maka Imad akan berjalan secara menjingkit..
Macam-macam cara dah buat..
Dari Imad umur 3 tahun doktor pakar suruh buat splint..
Dari yang sampai buku lali hingga la paras bawah lutut..
3 tahun lepas doktor sarankan pakaikan simen selama 2 minggu, 2 kali untuk sebulan..
Maknanya pakai untuk 2 minggu..
Buka, then pakai lagi untuk 2 minggu..
Kesian Imad, dia bukan tau nak cakap tak selesa ke gatal ke atau apa..
Tapi kaki Imad tetap tak oke..
Last choice kata doktor pakar, buat minor operation kat bahagian belakang kaki atas tumit..
Woooooo.. Memang kena pikir banyak kali la..
Kami disarankan buat lagi splint untuk ganti yang lama..
Kami nak cuba cara lain, tapi masih lagi tak jumpa yang serasi..
Hingga la adik ipar bagi cream ni..
Tak sampai sebulan, Alhamdulillah ada keajaiban berlaku..
Masa tu saya dan Incik Hubby tengah tengok TV..
Tiba-tiba saya macam perasan Imad boleh bangun berdiri tanpa perlu sokongan macam kebiasaan..
Saya tanya Incik Hubby, dia nampak tak..
Tak perasan, katanya..
Saya jatuhkan Imad, then suruh Imad bangun semula..
Imad bangun macam orang normal bangun..
Beberapa kali kami ulang buat macam tu sampai Imad boring.. Hahahahaha..
Dan lagi satu yang menggembirakan kami..
Sebelah kaki Imad dah elok pijak rata ke lantai..
Tinggal yang sebelah lagi je..
Mencurah-curah la airmata saya..
Syukur sangat Allah permudahkan segala usaha kami selama ni..
Tak sabar nak tunggu Imad boleh jalan secara normal..
Tentang epilepsy tu..
Masa Incik Hubby sibuk dengan bantuan banjir awal tahun 2015 tu..
Saya agak kerisauan pasal Diazepam dah takde stock kat rumah..
Kalau Imad sawan kritikal, macam mana saya nak bawa semua anak-anak ke hospital..
Sampai satu masa tu, Imad diserang sawan..
Sawan yang kalau takde diazepam, memang akan lama..
Saya dah tak tau nak buat apa..
Ternampak Firmax3 kat atas meja..
Saya cuba sapu kat nadi pergelangan tangan dan dibelakang telinga dekat dengan leher Imad..
Lepas tu tawakkal..
Alhamdulillah, tak sampai 5 minit, sawan Imad terus berhenti..
Subhanallah, Alhamdulillah..
Saya cerita dengan Incik Hubby, dia macam kurang sikit nak percaya..
Sampai la satu hari tu, lebih kurang pukul 5 pagi..
Saya tengah menyusu Iyad..
Terdengar bunyi lain macam kat Imad yang tidur kat atas tilam depan katil kami..
Saya kejut Incik Hubby suruh tengok Imad..
Memang betul Imad sawan..
Saya letak dulu tuala kat bawah kepala Imad untuk tampung air liur yang mengalir..
Lepas tu saya sapu Firmax3 macam yang saya buat sebelumnya..
Lepas sapu tu saya suruh Incik Hubby tengok Imad sementara saya ke bilik air..
Lebih kurang 5 minit saya kembali ke bilik, Incik Hubby kata sawan Imad dah berenti tadi lagi masa saya kat bilik air..
Baru la dia percaya Firmax3 ni menghentikan sawan Imad..
Kiranya macam diazepam la jugak, cuma yang ni tak perlu masuk ke rectum..
Saya sapu kat Imad hari-hari..
Nak tengok perubahan positive apa lagi yang berlaku..
Alhamdulillah, dah dekat setahun lebih Imad tak kena sawan..
Cara jalan Imad pun dah semakin baik..
Cumanya untuk sawan, ianya tak berpanjangan..
Sawan Imad hujung tahun lepas lebih kritikal..
Dan Firmax3 tak mampu membantu..
Barangkali sudah tidak serasi dengan Imad..
Harap sangat kalau boleh beri Imad yang terbaik..
InsyaAllah, kami akan tetap usaha..
Setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua dan mati..

Aisy Dhiya Sufia..

Masa Incik Hubby di Kelantan jugak..
Dhiya demam.. Dan tiba-tiba tangan dan kaki Dhiya naik biji-biji air..
Saya risau sangat kalau Dhiya kena chicken pox..
Jenuh weihhhh..
Saya ambik gambar setiap sudut tangan dan kaki Dhiya..
Saya tanya Doktor Kuantan..
Katanya penyakit hand, foot, mouth (HFMD)..
Risau pulak saya kalau merbahaya..
Doktor Kuantan kata tak ada apa..
Tapi suruh beli cream kat farmasi..
Saya tak pergi, saya sapu Firmax3 je..
Alhamdulillah, hari kedua biji air tu dah kering..
Demam Dhiya pun dah kebah..
Bersyukur sangat laa..
Memang Allah permudahkan segalanya..
Nak pulak Incik Hubby tak ada..



Muhammad Iyad Addin..

Sebulan sebelum Iyad cukup setahun..
Kaki Iyad macam naik tompok-tompok kering..
Sekali tengok macam kulat pun iya jugak..
Lama kelamaan jadi macam kudis..
Memang teruk sangat kulit kaki Iyad masa tu..
Bila jumpa doktor untuk cucuk setahun, saya tunjuk la kaki Iyad tu..
Doktor kata kena eczema..
Adoilaaaa.. Kesian Iyad..
Doktor bagi 2 krim..
Satu untuk pelembap dan satu lagi untuk gatal..
Balik dari klinik, saya start sapu Firmax3 dan O2Max3 kat dua-dua belah kaki Iyad..
Hari-hari saya sapu, 2 kali setiap kali lepas mandi..
Lepas sebulan, kudis tu dah hilang..
Tak nampak dah tompok macam kulat tu lagi..
Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat..
Tapi saya masih teruskan sapu kat kulit Iyad..
Takut berulang pulak penyakit tu..



*Saya jarang nak tulis pasal apa-apa produk kalau ianya tak memberi kesan pada diri sendiri atau ahli keluarga.. Sebab tak mau orang yang baca, terpengaruh dan turut sama mengguna, tapi tak ada kesan perubahan.. Tak mahu orang kata saya tipu pasal produk.. Saya tak buat review pasal produk ni untuk dibayar.. Sekadar berkongsi pengalaman sebagai pengguna Firmax3.. Seronok sangat bila apa yang kita hajati, kita perolehi.. Bersyukur sangat Allah swt "menjawab" doa saya selama ini walaupun tidak sepenuhnya.. Alhamdulillah, syukur..*

-AkU-
Syurga Addin..
01:17 pagi..

Read more…

~SLE.. Hadirnya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

SLE atau Systemic Lupus Erythematosus..

Kali pertama "berkenalan" dengan nama penyakit ini ada la pada tahun 1992..
Masa tu mungkin saya tak berapa nak kisah tentang penyakit ni..
Iya la, baru darjah 5 time tu..
Masih ramai sebenarnya yang tak pernah dengar tentang SLE..
Jadi mari kita berkenalan dengan penyakit ini..

"Systemic Lupus Erythematosus (SLE) is a chronic, auto-immune disease of unknown cause where the patient’s body makes large quantities of blood proteins called anti-bodies that react against the person’s own tissues.
History
Lupus is the Latin word for wolf. Erythematosus means red rashes. In 1851, Dr. Cazenave discovered red rashes on a patient’s face that looked like wolf bites. He named the rash Discoid Lupus Erythematosus (DLE).
In 1885, Sir William Osler recognised that many people with lupus had a disease involving not only the skin but many other organs or systems. He named the disease Systemic Lupus Erythematosus (SLE)." bla.. bla.. bla..

Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Selanjutnya, anda boleh minta tolong dengan Cik Gugel..
Jangan jadi pemalas.. Nak ilmu, kena la rajin.. hehe..

Nak bercerita sikit..

Hujung bulan September 3 tahun yang lalu..
Saya mendapat satu berita sedih..
Kakak saya, Kak Amy yang duduk kat Ipoh tu jatuh sakit..
Dia ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri di dalam toilet kat tempat kerja..
Terus dihantar ke hospital..
Sempat la check in dalam hospital seminggu lebih..
Masa di hospital, doktor sahkan dia diserang minor strok..
Kakak sorang lagi yang duduk di Ipoh jugak, Tokey Santan..
Dia la yang bagi segala maklumat dan berita tentang Kak Amy ni..
Katanya tangan sebelah Kak Amy tak berapa boleh bergerak cergas..
Pemikiran dia pun tak berapa nak oke..
Nak pakai seluar baju pun dah tak pandai, apatah lagi sikat rambut..
Katil dia sendiri pun tak ingat kat mana..
Setiap hari bila suami dia datang melawat..
Perlu disuruh untuk buat sesuatu, baru dia buat..
Kalau tak, melangut la macam orang bingung..
Setelah beberapa lama di hospital, dan kesihatan dia semakin pulih, maka doktor benarkan dia pulang..
Dia perlu masa juga untuk pulih dari minor strok..
Dia didiagnosis sebagai penghidap SLE..
Dia dibekalkan steroid untuk diambil setiap hari untuk seumur hidup..
Beberapa bulan berlalu, sampai berita baru pula..
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga..
Dia disahkan osteoporosis pula di usia 36 tahun..
Segalanya berlaku sekelip mata..

*Ini dipanggil butterfly rash.. Arwah Kak Ngah dulu pun ada simptom begini.. Kak Amy juga sudah ada tanda begini..

Untuk makluman pembaca Syurga Addin..
Kakak no 2 saya iaitu Kak Ngah juga penghidap SLE..
Dan Kak Ngah telah pun meninggal dunia sewaktu usianya 21 tahun..
Itu la kali pertama saya mengetahui mengenai SLE..

Dan kini penyakit itu hadir kembali di kalangan keluarga kami..
Dikala itu, kami adik beradik berbincang macam-macam mengenai keadaan ini..
Doktor Kuantan (Kakak no 4) minta adik-beradik yang lain untuk buat blood test..
Bagi memastikan kami bebas dari penyakit ini..
Atau sekiranya blood test positif SLE, tindakan awal boleh diambil bagi mengawalnya..
Kakak Sulung (Kak Long) dan Kakak no 3 (Kak Lang) sudah pun ke klinik untuk blood test dan hasilnya mereka bebas dari SLE..
Hanya tinggal saya dan Kakak no 5 (Tokey Santan) saja..
Mengapa saya tidak pergi buat blood test waktu itu ?
Jawapannya sebab saya takut sangat..
Kenapa saya takut ?
Sebab kata Doktor Kuantan, saya punya simptom-simptom awal penyakit SLE..
Diantaranya saya pernah beberapa kali keguguran..
Dan juga 2 dari 4 anak saya disahkan IUGR (Intrauterine Growth Retardation)

25 tahun yang lalu..
Saya sendiri menyaksikan betapa deritanya arwah Kak Ngah menghadapi penyakit ini..
Macam-macam yang keluarga kami lakukan semata-mata untuk menyembuhkannya..
Baik perubatan moden ataupun tradisional..
Hinggakan pernah juga bomoh yang mengubati mengatakan arwah Kak Ngah dibuat orang..
Katanya bukan orang jauh, tapi dikalangan keluarga juga..
Bermacam cara berubat yang terpaksa dilalui oleh arwah Kak Ngah..
Namun tetap juga begitu..
Waktu itu memang kami tiada langsung maklumat berkenaan penyakit SLE ni..
Maka segala yang diberitahu oleh pengubat, kami terima..
Hingga la satu masa, penyakit arwah Kak Ngah sudah sampai ke kemuncak..
Arwah Kak Ngah dimasukkan ke hospital (GH)..
Dan hayatnya berakhir di katil hospital di kala Subuh mula menampakkan diri..

Ya.. Kenangan ini yang menyukarkan lagi untuk saya pergi ke klinik untuk blood test waktu itu..
Melihat keadaan Kak Ngah dahulu, saya jadi takut sekiranya saya disahkan positif..
Saya tak fikirkan tentang perkara lain..
Apa yang lebih mengisi kerisauan saya ada la anak-anak..
Apa akan jadi pada mereka sekiranya keadaan saya sama seperti arwah Kak Ngah..
Entah la, tak terbayang rasanya..
Tapi bila difikir kembali, saya perlu sahkan segalanya di awal waktu..
Agar boleh juga bersiap sedia sebarang kemungkinan..

InsyaAllah, saya mampu menerima segala ketentuanNYA..
DIA yang memberi penyakit..
Maka DIA la yang menyembuhkannya..
Kita hanya mampu berusaha..
Moga-moga segala usaha akan diberkati olehNYA..

Saya berbincang dengan Incik Hubby..
Katanya, jangan risau, kita akan hadapi segalanya bersama-sama..
Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk saya menghadapi segala kemungkinan..
Saya redha andai ini yang telah ditakdirkan untuk saya..
Kita merancang, Allah swt juga merancang..
Dan perancanganNYA pasti yang terbaik untuk makhlukNYA..

*Saya hanya ingin bahagia bersama keluarga sampai akhir nafas saya.. Doakan untuk saya juga jika anda membaca nukilan saya ini.. Moga Allah merahmati usia saya hingga ke penghujungnya.. InsyaAllah, ameen yarobbal'alameen..*


-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

Read more…

Wednesday, September 20, 2017

~Lahirnya Aisy Dhian Humaira..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat rezeki yang melimpah ruah..
Tahun 2017 merupakan tahun yang membahagiakan..
Nikmat bahagia yang tak terucap dek kata-kata..

Hari ini, sudah genap 76 hari saya melahirkan seorang puteri..
Alhamdulillah, puteri saya sihat seadanya..
Tak puas walau setiap saat menatap wajah mulus si kecil..
Bagai terasa-rasa setiap sentuhan saat dia masih lagi di dalam rahim..
Cepat sungguh masa berlalu..

Terimbas saat waktu mula-mula saya mengandungkan satu nyawa..

Sememangnya saya dan Incik Hubby bercadang untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata pada tahun ini..
Cuma rancangnya awal tahun.. Hehehe..
Perancangan Allah, di pertengahan tahun..
Awal bulan November, saya check sendiri dengan UPT..
Alhamdulillah, positive..
3 bulan yang pertama memang sangat seksa..
Saya mengalami morning sickness sepanjang hari..
Boleh kata, sepanjang 3 bulan tu selera makan saya hampir putus..
Berat saya turun sampai 7kg..
Tapi kira oke juga la..
Sebab waktu itu saya memang agak berisi walau sebelum mengandung.. Hahaha..
Masuk trimester kedua, Alhamdulillah makin mudah perjalanan..
Cumanya setiap kali check up kat klinik..
Masalah yang sama saya hadap.. Anemia..
Kali ni tak pernah lepas bacaan HB saya lebih dari 10.5..
Kandungan yang lepas-lepas, kurang-kurang sekali akan cecah bacaan 11..
Itu ujian yang pertama..
Ujian yang kedua, urine problem..
Masuk bulan yang ke empat, urine test saya sangkut..
Sampaikan dibekalkan antibiotik setiap bulan..
Dirujuk ke pakar HKL pula..
Hingga la ke saat akhir untuk bersalin..
Ujian ketiga..
Saya sendirian setiap kali check up dari awal hingga akhir..
Kerana kekangan masa Incik Hubby..
Ujian ke empat..
Sewaktu anak dimasukkan ke wad, dalam keadaan tak berdaya tu, saya yang perlu temankan anak..
Memang dugaan sungguh mengandung kali ini..

Namun Alhamdulillah..
Allah beri saya kekuatan yang sungguh luar biasa..

Lahirnya Aisy Dhian Humaira..

Pada 6 Julai 2017, pukul 9.49 pagi..
Saya perasan ada darah mengalir sedikit..
Bila saja saya bangun dari duduk, darah akan terus mengalir..
Saya call Doktor Melaka, minta pendapat..
Katanya terus pergi ke Patient Assessment Centre (PAC) HKL..
Saya terus bersiap dengan Incik Hubby..
Sementara itu menanti adik-adik, Amir dan Luqman serta Azlan untuk tunggu di rumah menjaga anak-anak yang lain..
Mereka sampai lebih kurang pukul 11.30 pagi..
Saya sampai di PAC lebih kurang pukul 12.00 tengah hari..
Interview dengan nurse dan doktor..
Dekat pukul 1 petang, doktor check "jalan"..
Masa check tu, air ketuban pun pecah..
Dah buka 5cm.. Saya disuruh tukar baju dan menanti untuk naik ke labour room..
Pukul 2 petang di labour room, sekumpulan doktor pakar datang ke bilik saya..
Disebabkan saya pernah czer 3 tahun lepas..
Maka perlu diperiksa secara terperinci sebelum saya dibenarkan bersalin secara normal..
Itu pun diberi peringatan, saya hanya boleh bertahan selama 8 jam saja untuk normal..
Lebih dari itu, saya akan terus di bedah..
Doktor pakar cakap nanti pukul 5 petang mereka datang semula untuk check jalan..
Saya dah risau, takut lama pulak dalam labour room tu..
Incik Hubby minta balik dulu sebab risaukan anak-anak..
Yakin pulak dia saya tak akan bersalin dalam tempoh masa terdekat..
Baby pun masih lena dalam perut ni..
Pukul 2.55 petang, masa saya sendirian dalam bilik..

*Time ni la saya cuba pujuk baby agar bangun dan berjuang..

Saya cuba kejut dan pujuk baby untuk bangun.. Hehehe..
15 minit dipujuk, baru baby bangun..
Mendengar kata barangkali, mesin ctg menunjukkan bacaan yang berbeza..
Saya panggil nurse, cakap dah bersedia..
2 orang nurse di tepi katil saya bersiap sedia..
Dan juga seorang doktor yang dari mula lagi memang nak sambut kelahiran baby saya..
Pukul 3.29 petang lahir la puteri kami yang kedua..
Cahaya mata kami yang ke empat..
Lepas baby keluar tu, nurse cakap darah saya tak berhenti keluar..
Terpaksa panggil pakar untuk check..
Bimbang ada masalah dengan rahim sebab pendarahan yang banyak..
Pakar cakap rahim tak ada masalah, cuma mungkin kelahiran yang besar..
Saya kehilangan darah lebih dari 500ml..
Selesai saja check up, jahit dan injection dari pakar, saya berehat di labour room sementara tunggu baby dan wad..
Memang sangat memenatkan, saya hampir tertidur dalam labour room, kesan dari kehilangan darah yang banyak..
Mujur juga ada adik saya di sebelah katil tolong pegangkan baby..
Tak lama kemudian, Incik Hubby sampai..
Lebih kurang pukul 7, baru dapat masuk wad..

*Masa ni Dhian tidur je.. Tak banyak kerenah..

*Baby paling besar 3.44kg..

Alhamdulillah, baby tak banyak kerenah sepanjang di hospital..
Hari kedua kami sudah boleh kembali ke rumah..
Gembira sungguh Kakak Dhiya dan Abang Iyad tengok baby..
Asyik nak duduk sebelah baby, tak mahu lepas.. Hehehe..

*Seronok dapat pangku baby Dhian..

*Ini style tidur adik beradik..

*Muka baik-baik je.. Hehehe..

*Hari ke-7.. Tahnik, cukur rambut dan beri nama baby..

*Hari ke 15, berdua dengan Ibu check up di KKIA..

*Kesayangan Abang Iyad..

*Suka senyum..

*Saya anak merdeka..

*Dah besar sikit, muka macam anak Korea.. Hahaha..

*Alhamdulillah, Allah datangkan anak ini bersama rezeki yang lain-lain.. Ketenangan, kebahagiaan, kewangan, dan bermacam lagi.. Benar la, setiap dugaan itu ada hikmah yang kita tidak tahu di penghujungnya.. Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Allahuakbar..*

-AkU-
Syurga Addin..
12:47 tengah malam..

Read more…