Monday, August 1, 2011

~Demi Tuhan.. Aku Izinkan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alakum wbt...

Berlainan rasa bila malam Sya'aban sudah bertukar Ramadhan..
Lebih damai dan tenang hati setelah Ramadhan bertamu..
Moga suasana ini berpanjangan.. InsyaAllah..

Aku nak bercerita sedikit tentang tele-movie yang aku tonton di channel Astro Prima pukul 10 malam tadi..
Tajuknya.. "Demi Tuhan.. Aku Izinkan"..
Lakonan mantap Eja, Norman Hakim dan seorang pelakon tak kenal..
Mula-mula tak berapa nak tengok sangat..
Tapi bila dah tengok.. Eh ! Macam best pulak !
Kisah tentang seorang wanita yang mempersoalkan tentang agama Islam..
Namun bila dia sendiri sudah mendalami dan mencari makna sebenar Islam..
Hati terpaut dan terpikat..
Lantas diri terus diajar untuk terus mencari makna keimanan..
Bukan itu sahaja..
Dia dengan terbukanya cuba melamar lelaki yang membawanya mendekati Islam..
Bukan masalah perempuan melamar lelaki..
Tetapi lelaki itu sudah beristeri..
Kat situ terjadi satu konflik..
Bila mana seorang isteri harus berfikir yang mana harus didahulukan..
Perasaan ego dan tamak..
Atau merelakan segalanya demi Allah dan agamanya..
Betapa mulianya hati seorang isteri memberi keizinan untuk mereka bersatu dengan niat kerana Allah..
Di saat itu mereka terus diuji..
Suami mereka jatuh sakit lantas meninggal dunia..
Isteri muda mengandung dan juga sakit..
Isteri tua dengan penuh rela hati menjaga kebajikan isteri muda dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang..
Aduhh !! Hati mana yang tidak tersentuh bila adegan demi adegan memaparkan betapa indahnya kehidupan andai manusia tahu apa tanggungjawab dan nilai kasih sayang sesama manusia..
Bukan semua orang boleh bertindak sebegitu..
Hanya yang benar-benar percaya janji Allah sahaja akan melakukan sedemikian rupa..
Cuma cerita ni sad ending..
Sebab isteri muda pun meninggal dunia dan mewasiatkan anaknya kepada isteri tua..
Di akhir cerita ditunjukkan adegan sewaktu isteri tua sedang bersama anak-anak di atas tangga depan rumah..
Roh arwah suami dan isteri muda tu muncul seketika dalam senyuman manis yang terukir..
Mungkin sebagai tanda terima kasih kerana keikhlasan budi dan kemurniaan hati isteri tua tu..
Kalau la aku kat tempat isteri pertama tu ??
Jawapan aku..

"Demi Allah.. Aku izinkan.."

Memang itu jawapan aku selama ni bila diutarakan soal begini..
Belum pernah lagi berubah...
InsyaAllah takkan berubah..



**Biarlah keredhaan itu datang bersama keikhlasan dan kejujuran hati.. Maka pengorbanan itu akan terasa lebih manis dan indah.. Tiada satu pun yang Allah jadikan di atas muka bumi ini hanya untuk menyakiti hamba yang taat kepadaNYA..**


-AkU-
Teratak Bonda..
05:07 Subuh..

4 comments:

  1. baru tgk tghari tadi. tabah sgguh isteri pertama mgharung dugaan itu. mampukah sy utk mjd sptnya. suka lagu dlm drama tu, siapa penyanyinya?

    ReplyDelete
  2. Saya tak dapat tgk cerita ini. Saya takde Astro Prima. Ada cara lain kah yang dapat saya download atau apa2 je. Saya teringin nak tengok.

    ReplyDelete
  3. @Sha
    Sha, memang tabah sungguh isteri tu.. Tapi nak cari macam tu kat dunia ni susah agaknya.. Nak jadi macam tu, hati kena kuat..
    Lagu tu saya pun tak berapa ingat..

    ReplyDelete
  4. @Yati Bons
    Yati, saya tengok pun dah lama.. Cari juga dalam internet, kut ada yang boleh tengok online.. Tapi tak ada..

    ReplyDelete