Wednesday, January 25, 2012

~Mari Belajar Berpantang..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni dah masuk hari yang ke 23 aku berpantang..
Kalau kebanyakan orang lain berpantang dengan mak sendiri atau mak mertua..
Tapi aku, untuk kali yang kedua berpantang dengan Incik Hubby..
Biarpun caranya tak sama dengan berpantang orang tua-tua..
Tapi disiplin berpantang tu tetap ada.. Haha..
Baik dari segi makanan, minuman, cara jalan, kerja harian, waktu mandi..
Pendek kata rutin harian aku, semuanya ada pantangnya..
Aku start berpantang hari yang ketiga..
Kenapa ?? Sebab hari yang pertama hingga kedua aku di hospital..
Tau je la kan kalau duduk kat hospital kerajaan..
Mana ada nak pantang-pantang ni..
Makan pun ikut apa yang diorang masak..
Mandi pun jangan harap nak dapat air panas..
Kalau boleh diorang nak suruh seharian berjalan.. Haha..
(Aku tulis macam ni sebab setiap kali nurse datang check aku, diorang mesti tanya.. "Dah jalan-jalan pergi toilet dah ?" Pelik jugak aku soalan diorang ni..)
So, hari yang ketiga aku start pantang di rumah dan dijaga sepenuhnya oleh Incik Hubby..
Mari kita tengok apa menu aku sepanjang hari.. Hehe..

*Ini menu pertama yang aku makan kat rumah.. Nasi putih dan lauk daging bakar..

*Ini menu hari kedua.. Nasi putih dan ikan bakar..

Menu nasi putih dan ayam bakar aku tak sempat nak snap gambarnya..
Tapi menu sampingan yang memang akan ada hari-hari ialah..

*Ini menu sampingan yang wajib ada.. Sup sayur, lada hitam ditumbuk, ikan bilis, halia dan bawang putih digoreng tanpa minyak..

Memang la selera bila makan untuk hari pertama, kedua dan seterusnya..
Tapi bila dah masuk seminggu..
Rasa nak terkeluar balik semua makanan.. Haha.. Muak beb !!

*Ini je satu-satunya buah yang aku boleh makan..

*Tau apa ni ?? Ini ada la campuran telur ayam kampung, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup halia dan madu asli.. Rasanya tak la sedap mana.. Tapi terpaksa telan jugak..

Aku sempat berurut sekali je dengan Ummi angkat aku yang duk kat Keramat..
Tak boleh nak minta urut lebih-lebih sebab Ummi tak berapa nak larat..
Seharian Ummi uruskan kedai makan kat Setapak.. Tak sampai hati nak susahkan Ummi..
Aku minta tolong Ummi pun sebab susu badan aku tak berapa nak keluar..
Kesian Dhiya asyik kelaparan..
Mujur ada My Honey Dew tolong jadi ibu susuan pada Dhiya untuk beberapa hari..
So, hari-hari Incik Hubby akan ambil bekalan dari rumah My Honey Dew untuk Dhiya..
Dah urut sekali dengan Ummi.. Ummi nasihat suruh makan pucuk pegaga buat ulam..
Lepas tu minum susu hari-hari..
Keesokannya, Alhamdulillah, susu aku dah mula banyak..
Dhiya tak merengek lagi tengah malam tak cukup susu..
Itu bab mengurut dan susu..

Urmm.. Bab berjalan pulak..
Jangan harap la nak jalan laju sikit..
Memang kena jalan perlahan sangat.. Pengantin tu lagi laju jalan dari aku ni..
Asal terjalan laju sikit je..
Incik Hubby pun sound "Aikkk!! Lajunya jalan ??"..
Maka terpaksa la aku slow kan langkah aku..
Last sekali aku malas nak jalan bila Incik Hubby ada depan mata..

Bab mandi pulak..
Memang tak dapat la nak mandi air sejuk dalam cuaca panas macam sekarang ni..
Air yang aku mandi bukan setakat air paip yang dimasak tu je..
Ada campurannya..

*Hehe.. Aku sempat ambik gambar masa Incik Hubby duk letak periuk atas dapur..

Air ni dicampur daun pandan, daun kunyit, daun lengkuas, halba, serai wangi (kalau ada) dan lada hitam..
Memang wangi baunya.. Sepanjang berpantang ni aku tak pernah guna sabun pun..
Dhiya pun mandi guna air ni..
Lepas mandi memang rasa segar je badan..
Ini pun Ummi yang bagitau..

Bab bengkung pulak..
Setiap hari memang kena pakai la benda alah ni..
Ada jugak rasa tak selesa..
Tapi nak jaga badan punya pasal, tahan je la segala rasa tu..
Separuh orang pakai bengkung dengan krim yang dijual di pasaran..
Senang, tak payah nak fikir apa..
Sapu kat tempat yang sepatutnya, lepas tu balut.. Tak payah nak susah-susah..
Tapi untuk aku.. Atas nasihat Ummi jugak..
Maka Incik Hubby sanggup bersusah payah mencari bahannya..
Nasib baik tak susah mana nak mencari..

*Ini semua orang pun tau.. Kapur sireh..

*Ini namanya daun kapal terbang.. Aku pun tak tau apa kaitan daun ni dengan kapal terbang..

Bab bertungku pulak..
Sehari dua kali aku bertungku..
Incik Hubby yang akan tungku aku satu badan..
Kadang-kadang menjerit aku bila batu panas tu kena kat kulit..
Pergghhh !! Kalau tak kena gaya ni, memang boleh report kena dera ni.. Haha..
Marah Incik Hubby.. Dia cakap.. "Memang la panas, nak kasi lembut urat tu!"..
Aku pun balas balik.. "Ini bukan nak kasi lembut urat, ini nak kasi lecur satu badan!"..
Hehe.. Dia pun try letak kat badan dia, nampak muka dia berkerut sambil cakap..
"Eh ! Iye la, panas jugak !" Ouh.. Tau pulak dia panas ya..

Alhamdulillah.. Bertuah sungguh aku dapat suami macam Incik Hubby ni..
Semua kerja rumah dia yang buat..
Dari bab masak, mengemas, basuh baju, basuh pinggan..
Boleh kata semua kerja yang sebelum ni aku yang buat..
Dia yang take over.. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok dia..
Tapi nak buat macam mana.. Dia yang berkeras nak buat semua tu..
Dia pun sangat menghargai aku yang telah melahirkan zuriat untuk dia..
Maka sebagai balasan, dia cuba menjaga aku sebaiknya sewaktu dalam pantang ni..
Tak ramai suami yang sanggup buat semua ni..
Jadi buat isteri-isteri yang suami anda sama seperti Incik Hubby saya..
Hargai la kebaikan dan pengorbanan suami anda..
Tak semua isteri beruntung mendapat suami seperti ini..

"...Jazakallah Khairan Kathira Incik Hubby !!..."

**Tak semua isteri tau menghargai pengorbanan seorang suami.. Jasa yang besar boleh lenyap dalam hati seorang isteri bila sahaja amarah menguasai diri.. Moga kita bukan la antara isteri yang tidak tau mengenang budi.. InsyaAllah..**

-AkU-
Syurga Addin..
15:37 petang..

2 comments:

  1. dari pengalaman saya, selalunya suami jaga betul isteri kedua.... untung badan..........

    ReplyDelete
  2. Puan Anon,
    satu nasihat percuma dari saya..
    Untuk bahagia dalam rumahtangga yang sebegini.. Jangan la di cari perbezaan atau diukur perbandingan..

    "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan ?" Surah Ar-Rahman..

    ReplyDelete