Saturday, October 29, 2016

~Jadi la Seorang Isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Minggu yang lalu, saya dan anak-anak demam selsema..
Kali ni agak lama juga, lebih kurang 8 hari..
Dua kali mencatat suhu yang agak tinggi..
Maka, saya hanya mampu terbaring sahaja..
Sesekali ke bilik air bila anak-anak nak buang air atau mandi..
Kesian anak-anak..
Seharian makan roti sebab Ibu tak larat nak berdiri untuk masak..
Beberapa hari demam dah agak berkurangan..
InsyaAllah, ada tenaga untuk masak..
Ujian Allah sebagai penghapus dosa yang lampau.. Alhamdulillah..

4 hari yang lalu sewaktu Incik Hubby baru pulang dari outstation..
Setelah saya bukakan pintu dan duduk di sofa..
Incik Hubby duduk di sebelah saya..
Kepala saya diusap umpama anak kecil..
Setelah itu tubuh saya di tarik dalam pelukannya..
Saya terdengar dia berbisik di telinga..
"Sayang tolong janji dengan Abang untuk jadi isteri yang memahami dan tau sempadan sebagai seorang isteri ya !"
Saya rungkaikan pelukan dan soal dia..
"Salah apa pula yang orang buat kali ini ?"
Jawab dia..
"Sayang tak salah apa.. Abang nak beri ingatan saja.. Takut satu masa nanti bila kehidupan Sayang melebihi kehidupan Abang, Sayang akan lupa diri.. Walaupun Abang tau Sayang tak macam tu, tapi manusia ni sifatnya berubah.. Biar la Abang ingatkan awal-awal.."
Saya cuba ingat kembali kiranya ada kesalahan yang saya lakukan menyinggung perasaan Incik Hubby..
Tak ada satu pun yang melintas di fikiran..
Saya pandang wajah suami lama dan dalam..
Setelah lama berfikir, baru saya faham mengapa Incik Hubby berkelakuan sedemikian..
Saya peluk Incik Hubby erat..
Saya bisikkan padanya..
"InsyaAllah, orang sentiasa mohon pada Allah moga tidak lupa diri walau dimana kedudukan orang sekalipun.. Moga Allah sedarkan orang, tempat suami tetap di hati.. Bukan di kepala untuk dijunjung dan bukan di kaki untuk dipijak.. Tapi dihati untuk disayang, dicintai dan dihormati.."
Saya nampak Incik Hubby senyum sambil lafaz..
"Terima kasih sangat Sayang sebab selalu menjadi isteri yang memahami dan mendamaikan.."

Manusia ini bila punya kuasa, akan rasa diri besar dari orang lain..
Sedang dirinya penuh kekurangan..
Namun bila nafsu menguasai diri, segala ego dan sombong diri akan terbit dan tumbuh dalam hati..
Di kala itu, dia akan lupa siapa dirinya..

Setiap kali Incik Hubby rasa "down"..
Saya akan cuba kembalikan semangat dia..
Beri dia kata-kata perangsang agar dia kembali ceria..
Kerja macam Incik Hubby ni kena sentiasa ada ketenangan dan keyakinan..
Bila diganggu dengan perangai manusia yang tak tentu hala ni adakala tergugat juga kesabaran..
Dan tugas saya untuk menjernihkan pandangan dia yang "kelam"..
InsyaAllah, selagi diberi nyawa, saya akan sentiasa berdiri di belakangnya sebagai penyokong setia..


* Jadi la isteri yang mendamaikan setiap pandangan suami.. Menenangkan hati dan jiwa suami.. Menjadi telinga saat suami cari tempat mengadu.. Berkata-kata yang manis dan indah di pendengaran.. Bukan isteri yang asyik bercerita tentang haknya, namun mengabaikan hak suami.. Bukan juga isteri yang hanya memikir tentang hati sendiri dan tidak mengendahkan hati suami.. Jadi la isteri yang sederhana.. Isteri yang dipandang sebagai bidadari dunia.. Memberi itu lebih baik dari menerima..*

-AkU-
Bandar Bersejarah..
02:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment