Tuesday, October 18, 2016

~YB Melawat Kawasan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi, balik je rumah tekak dah rasa perit..
Mata asyik mengalir air mata..
Hidung jangan cerita la..
Dah merah macam ceri.. Hehehe..
Itu semua tanda-tanda nak demam..

Semalam bawa anak-anak melawat office Incik Hubby di Ukay Perdana..
Dah macam YB Melawat Kawasan pulak..
Hehehe..
Mula-mula malas juga nak mengikut..
Incik Hubby pujuk jugak sebab nak ajak Imad jumpa kawan dia, Tok Wan untuk berubat..
Kami sampai sebelum 'Asar..

* Sesi perbincangan..

Sementara tunggu kawan-kawan office Incik Hubby habis makan kat kedai bawah..
Kami duduk dalam bilik seminar..
Seronok la anak-anak main berkejaran ruang besar..



Usai solat dan layan anak-anak, Incik Hubby ajak saya jumpa Tok Wan..
Maka bermula la sesi soal jawab kami..
Bercerita apa yang patut, Tok Wan pun mulakan rawatan..
Kita usaha, kalau Imad di beri kesembuhan oleh Allah swt, Alhamdulillah syukur..
Waktu duduk melepak di ruang tamu, nampak la macam poster besar Incik Hubby dan peneraju office tu..
Dhiya pun cakap kat saya..
"Abu, can I take a picture with Yayah ?"
Saya pun dah siap-siap la nak snap gambar anak-anak dan Ayahnya..
Kebetulan Ayahnya duduk di ruang yang berdekatan..
Tengok-tengok anak-anak dah berlari ke poster besar Ayahnya..
Aduhai la anak..
Ayahnya geleng kepala je la..
Lepas Dhiya, Iyad pulak nak bergambar..
Layankan saja la..

* Nampak tak gambar Incik Hubby kat belakang tu ? Hahaha.. Kat sini la diorang sibuk nak bergambar..

Office tu dah macam mereka punya..
Sesuka hati nak berlari-lari, nak susun kerusi, nak jerit-jerit..
Kawan-kawan Incik Hubby pula, sporting nak melayan mereka..
Usai solat Maghrib, tengok kawan Incik Hubby, Papa Lote duk set up gitar dia..
Papa Lote ni gitaris untuk kumpulan Lipan Bara..
Ada sorang lagi Pak Tuan kami panggil..
Dia gitaris kumpulan Gamma..
Best betul tengok dia goreng..
Macam mini konsert pun iya jugak.. Hahaha..
Lepas sorang-sorang menyanyi..
Dia suruh saya pulak nyanyi lagu Siti Nurhaliza..
Memang takkkk laaaa.. Hahahaha..


*Siap pakej menari dengan Dhiya.. Hehehe..

Habis mini konsert, saya dan anak-anak makan malam di office Incik Hubby..
Anak-anak pun dah nampak penat seharian bermain..
Kami pulang dulu, sementara Incik Hubby masih lagi di office..
Sampai je rumah, kepala saya pun dah berat..
Dapat tidur sekejap je..
Lepas tu mata tak mahu lelap walaupun badan tak sihat..
Mujur juga anak-anak tak banyak kerenah..
Tertidur pulas sampai ke pagi..

Petang ni tadi, dalam keadaan badan tak berapa sihat..
Saya, Incik Hubby dan anak-anak ke HKL..
Ke Paediatrik untuk set kan appointment Imad..
Dah lama tak ke mari..
Rasanya paling last kami jejakkan kaki ke mari sekitar tahun 2013..
Mujur juga nurse yang ada tu masih kenal kami..
Seronok dia dapat jumpa Imad..
Settlekan apa yang patut, then balik rumah..

Waktu ini anak-anak semua dah tidur..
Saya je melayan mata yang tak mau lena..
Haishhh.. Pejam la mata..
Esok hari baru menanti..
Banyak pulak program saya esok..
Aduhaiiii..

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

1 comment: