Tuesday, December 27, 2016

~Rezeki Itu Milik Allah SWT..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam tadi Incik Hubby balik awal sikit..
Pukul 1.30 pagi dah sampai depan pagar rumah..
Mujur saja anak-anak baru lena..
Kalau tidak, harus meriah rumah bila anak-anak menyambut Ayah balik..

Waktu sedang beristirehat atas katil..
Tiba-tiba Incik Hubby tanya saya..

"Sayang tension atau stress tak dengan keadaan kita sekarang ?"

Saya yang sedang berusaha menghabiskan level 504 game Candy Crush Soda, panggung kepala..
Dah la lebih seminggu cuba nak lepas level ni..
Punya la susah dan payahnya..
Tiba-tiba diajukan soalan sedemikian..
Sambil tangan masih lagi bermain, saya tanya Incik Hubby balik..

"Kenapa kena tension dan stress ?"

Incik Hubby diam sekejap, entah fikir apa..
Tak lama lepas tu dia cakap..

"Bermacam benda yang Abang buat selama ni, banyak yang tak berhasil.. Kalau ada pun, hasilnya tak kekal lama.. Sayang tak rasa susah ke hidup dengan Abang ?"

Saya dah terkedu..
Level 504 yang saya cuba habiskan, hanya lagi beberapa gerakan saja dah boleh settle..
Tapi apa la sangat game berbanding isu yang sedang Incik Hubby utarakan..
Saya tekan butang close dan betulkan duduk saya..
Saya pandang muka Incik Hubby sekilas..

"Kita dah 12 tahun kawin.. Sepanjang 12 tahun tu dah macam-macam kita lalui.. Kita pernah senang, walaupun tak kaya dan kita juga pernah susah walaupun tak merempat.. Pernah ke Abang dengar Orang mengeluh dengan kesusahan kita ? Betul, bermacam dah yang Abang buat demi memperbaiki kehidupan kita.. Tapi kalau dah Allah kata rezeki tu bukan kita yang punya, kenapa kita nak kena stress dan tension.. Ini kerja DIA bab rezeki ni.. Kita usaha saja, selebihnya serah pada DIA.. Dah kalau kita tak nak percaya rezeki tu Allah bagi, kita nak percaya pada siapa lagi ?"

Incik Hubby diam lagi..
Entah la.. Nampak muka dia macam sedih atau terkilan..
Dia tanya saya lagi..

"Sayang masih boleh sabar ke dengan keadaan macam ni ?"

Saya pegang tangan dia.. saya jawab..

"Sabar Orang tak pernah ada limit.. Boleh je sabar sentiasa, InsyaAllah.. Tak payah la Abang risau.. Kita usaha sama-sama.. Abang buat la apa yang patut.. Orang akan sokong Abang sepanjang masa.."

Saya beri harapan dan keyakinan..
Itu yang Incik Hubby perlukan..
Dan sebenarnya itu yang seorang suami perlukan dari isterinya..
Kesabaran dan ketabahan hati demi meneruskan kelansungan hidup..
Bak kata orang..
Di belakang setiap kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita yang menyokongnya..
Jadi la isteri yang umpama kayu pancang yang menyokong berat pokok pisang dari tumbang..
Usah jadi tandan yang penuh buah, tapi akhirnya membawa rebah..
Ini peribahasa saya sendiri.. Hahahaha..

Sebenarnya kita akan jadi stress dan tension bila kita sering bandingkan kehidupan kita dengan orang lain yang lebih senang..
Cuba bandingkan kehidupan kita dengan mereka yang lebih susah..
Kalau kita dalam baki nafas yang ada ni, masih lagi boleh menikmati, nasi lemak, ikan talapia bakar, daging masak kicap, udang sambal petai, sotong goreng cili, ayam masak merah, kek coklat berhantu, kuih bakar, kek red velvet dan bermacam makanan lagi..
Di mana letaknya kesusahan kita ?
Berbanding dengan mereka yang terpaksa makan siput babi, kutip pucuk hutan, memancing ikan di lombong dan sungai tercemar..
Kita stress sebab keinginan kita melebihi dari keperluan..
Kita tension sebab tak mampu nak melunaskan tuntutan nafsu kita..

Rezeki ni bukan dalam tangan kita..
Andaikata kita usaha macam-macam..
Tapi masih belum menunjukkan usaha..
Cuba kita check balik hubungan kita dengan Pencipta..
Kalau rasa dah bagus..
Check pula hubungan kita dengan manusia yang lain..
Rezeki ni juga ada hubungkait dengan silaturrahim sesama manusia..
Mungkin Allah sekat rezeki kita kerana kita pernah sombong dan bongkak dengan kesenangan yang pernah kita kecapi..
Kedekut dengan harta yang telah kita miliki..
Atau barangkali Allah tahan rezeki kita kerana kita lupa nak berkongsi rezeki yang Allah bagi..
Sedangkan kita tahu, setiap rezeki kita perolehi, di dalamnya ada bahagian untuk orang lain juga..
Boleh jadi kita lupa nak bersyukur yang sedikit, maka Allah belum nak beri yang banyak..
Segalanya berkemungkinan..

Periksa diri kita dahulu..
Koreksi diri, bak kata guru saya dulu..
Dan yang sebenarnya tak perlu stress atau tension dengan dugaan Allah ini..
Setiap yang berlaku, ada hikmah yang kita tak tahu..

Sabar, sabar dan terus bersabar..
Tak betul sebenarnya bila kita kata sabar kita sudah habis limit..
Sedang Allah sendiri sentiasa sabar dengan kerenah hambaNYA..
Mana mungkin kita boleh menandingi sifat Yang Maha Esa..
Setiap kali kita rasa stress, tension dan hilang sabar..
Lafaz la berulangkali istighfar..
Moga kita terhindar dari sifat-sifat yang Allah benci..

Saya selalu pesan dengan teman-teman yang mengadu..
Bila mereka lebih banyak menanggung keluarga berbanding suami sebab pendapatan mereka lebih lagi dari suami..
Saya cakap, jangan sesekali kata pada suami yang kita sudah habis limit kesabaran..
Atau cerita betapa stressnya dan tensionnya kita dengan kehidupan kita..
Berkata la sesuatu yang baik di pendengaran orang..
Sekiranya kita tak mampu berkata sesuatu yang baik, lebih baik berdiam diri..
Kerana bimbang kata-kata kita menjadi racun yang perlahan-lahan akan membunuh rasa hati seorang suami..
Bila kira redha dengan pengorbanan kita..
InsyaAllah, Allah tak kejam..
Pasti ada balasan yang setimpal dengan segala keikhlasan kita..

Nampak muka Incik Hubby lebih tenang bila bermacam perkara yang kami bualkan..
Mengenang kembali sepanjang 12 tahun yang ditempuh bersama..
Segala susah senang..
Itu yang menjadi azimat dan semangat buat Incik Hubby terus bertahan dengan setiap dugaan dan cubaan yang diberi oleh Ilahi..
Dan saya..
Cuba menjadi seorang isteri yang walau tidak mampu memberi kesenangan, namun tidak pula memberi kesusahan..
InsyaAllah, moga Allah memberi segala yang terbaik buat kami..
Ameen, yarobbal'alameen..

Incik Hubhy cakap..

"Terima kasih Sayang.. Sebab sentiasa jadi "air" dalam kehidupan Abang.."
Air ??? Hehehe.. ada penjelasannya..
Nanti la saya jelaskan..



*Mereka-mereka ini yang mendidik hati saya agar sabar untuk setiap dugaan yang Allah berikan.. Mereka-mereka juga yang buat saya kuat dan tabah mengharungi segala ujian hidup.. Alhamdulillah, Allah kurniakan "rezeki" ini buat saya..

**Kalau sebelum-sebelum ni, setiap apa yang Incik Hubby buat, saya juga merupakan antara orang yang berganding bahu dengan Incik Hubby.. Orang kenal saya kerana Incik Hubby.. Dimana ada dia, disitu ada saya.. Dan kalau orang tak dapat cari Incik Hubby, orang akan cari saya dulu.. Namun kini, saya lebih selesa menjadi insan belakang tabir.. Menyokong dari belakang tanpa perlu "inteframe".. Dengan imej saya yang begini, saya lebih selesa tidak dikenali sangat berbanding dulu.. Dan sekarang, orang hanya kenal nama saya sebagai secretary Incik Hubby.. Hahaha.. Lantak la.. Best juga jadi secretary..**

-AkU-
Syurga Addin..
16:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment