Sunday, February 5, 2017

~Keluarga Baru Saya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sekarang ini bersiaran dari office Incik Hubby..
Hehehe..
Seronok pulak duduk office waktu malam-malam macam ni..
Teringat waktu masih berkerjaya dulu..
Kadang-kadang sampai pukul 3 pagi masih di office siapkan kerja..
Nak pula, bila keluar fund baru..
Memang takde life sungguh..

Saya sampai di office Incik Hubby pukul 10 malam tadi..
Saja bawa anak-anak melawat office..
Lagipun bawa makan malam untuk ayahanda dan adik-adik di office..
Benar, mereka sudah seperti keluarga bagi saya dan Incik Hubby..
Masa mula-mula kenal dulu, diaorang panggil saya Mrs. Presidente..
Saya tak bagi panggil gitu, tukar jadi Kak Sofie..
Sekarang dah kenal, terus tukar jadi Kak Uda..

Seronok berjumpa mereka..
Walaupun saya tak la seperamah mereka..
Dalam grup whatsapp pun kadang-kadabg je saya menyampuk..
Tapi berada di kalangan mereka, tak kekok la rasa..
Ada yang lebih tua dari saya..
Tapi kerana hormat, masih memanggil saya dengan gelaran Kakak.. hehehe..
Tak kisah la..

Sekarang ni, boleh kata setiap minggu Incik Hubby akan minta saya masakkan untuk makan malam mereka di office..
Asalnya satu malam tu..
Sebab dah tak tahan asyik makan nasi bungkus atau kedai mamak..
Incik Hubby minta saya masak untuk mereka makan ramai-ramai..
Lauk ringkas saja..
Petola masak air, telur dadar, ulam-ulam, cencalok dan budu..
Bermula dari situ, datang idea Incik Hubby minta saya masak lauk yang lain pula..
Kali kedua saya buat petola masak air, sambal ikan bilis petai, ulam, cencalok dan budu..


Memang habis licin diorang makan.. Hahaha..
Minggu lalu, Incik Hubby pula masak..
Singgang ikan tongkol..
Saya tambah ikan selayang rebus goreng, ulam dan budu..


Hari Jumaat, saya masakkan asam pedas ikan pari, goreng taugeh dan tauhu, telur masin..


Malam ni Incik Hubby request fucuk suun masak air campur kentang, sambal ikan bilis..


Fuhhhh.. seronok bila tengok apa yang kita masak orang makan sampai habis licin..
Saya tak la kata saya masak sedap.. Hahaha..
Tapi puas hati bila dapat jamu orang dengan air tangan kita..
Ada sorang tu cakap..
"Sambal ikan bilis Kak Uda ni kalau buat nasi lemak, memang bersusun orang beratur nak beli.."
Pada saya itu satu penghargaan..
Dalam keadaan kesihatan tak berapa nak oke..
Hati saya senang sangat bila tengok keadaan begini..
Ia la.. keluarga saya tak la besar mana..
Nak makan ramai-ramai memang tunggu raya atau bila pergi rumah mak ayah je dapat rasa macam ni..

31 January yang lalu, bestday salah sorang staff, Amir..
Dia ni dah macam adik saya..
Saya buatkan kek pisang caramel..
Ingat nak bagi surprise la kat dia..
Dah pakat dengan mereka yang lain..
Malangnya, Iyad tak sihat dan asyik merengek..
Saya mesej Amir, bagitau buat kek untuk dia..
Eksaited pulak dia nak mai rumah saya ambik kek..
Sempat dia belanja satay sebelum bawa kek ke office untuk dikenduri.. hehehe..
Alhamdulillah, ramai kata kek tu sedap..
Risau juga, sebab itu kali kedua saya buat..
Takut tak menepati selera mereka..


Mereka dah macam keluarga baru saya..
Anak-anak pun mesra sangat dengan semuanya..
Seronok anak-anak kalau dapat pergi office Ayah..

Benar, kami semua bermula dari bawah..
Bertungkus lumus untuk menjayakan syarikat yang baru..
Harap-harapnya Allah beri peluang untuk kami berjaya menempa nama dalam perniagaan ini..
Dan moga silaturrahim antara kami berpanjangan hingga ke akhir usia..
InsyaAllah..
Segalanya atas kehendak Yang Maha Esa..
Moga dipermudahkan..
Ameen..

Dari office tadi menulis..
Sambung pula dekat rumah..
Incik Hubby dah start fikir menu apa untuk makan malam esok hari.. Hehehe..
Ke pasar pagi la kita esok.. Adehhhhh..

*Sempat tengok live perfomance oleh Zam.. Artis KLGI.. Hehehe.. Tak lama lagi Zam nak keluar album.. Sedap je suara dia..*



-AkU-
Syurga Addin..
01:17 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment