Sunday, February 26, 2017

~Tahun Baru, Usia Baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni agak mengah sikit..
Mengemas apa yang patut..
Ada tetamu yang nak datang rumah..
Selalu kemas ala kadar je.. hehehe..
Bagus juga bila ada tetamu ni..
Ada inisiatif nak kemas rumah sehabis baik..
Kalau tidak, ada je alasan nak mengelat..

Ramai juga tetamu saya hari ni..
Mereka sampai lebih kurang pukul 6.30 petang..
Asalnya, hanya 2 orang teman yang bercadang untuk buat makan-makan sempena harijadi saya, Iyad dan seorang anak mereka..
Tapi bila dah diajak ramai-ramai, meriah jadinya..
Masing-masing bawa makanan sendiri..
Saya hanya sediakan air.. Hehehe..
Terharu rasanya dihargai begini..
Seronok bila ramai-ramai berjumpa..
Macam-macam cerita yang dikongsi..
Walaupun kami banyak bercerita di group whatsapp..
Tapi bila berjumpa, masih lagi boleh bercerita pelbagai topik..
Ada kawan baru saya hari ni..
Alhamdulillah, makin bertambah kenalan..




Harijadi saya seminggu yang lalu, sebenarnya sudah pun saya sambut bersama anak-anak..
Untuk tahun ni, tiada kek..
Saya hanya buatkan puding roti caramel dan aiskrim keladi buatan sendiri..
Alhamdulillah, menjadi aiskrim saya.. Hehehe..
Tak payah dah beli di kedai..
Buat sendiri pun boleh dah..


Terima kasih pada teman-teman yang beri ucapan dan doa pada Ulang Tahun Kelahiran saya yang baru..
Sama ada di Fesbuk, Whatsapp, Sms, Messenger, call dan sebagainya..
Moga Allah merahmati dan memberkati hidup kalian.. InsyaAllah, ameen..
Ucapan dari Incik Hubby saya terima waktu malam ketika saya sedang memandu menuju ke office..
Incik Hubby outstation ke Sabah waktu itu..
Ingat juga Incik Hubby, walaupun dengan "bantuan".. hahaha..
Saya tak kecil hati kalau dia lupa pun..
Sebab banyak lagi benda yang dia nak fikir..

Sampai di office malam tu..
Ada sedikit kerja yang perlu saya selesaikan dengan Amir..
Waktu tengah mengadap laptop..
Tiba-tiba kedengan petikan gitar Nodi dari luar bilik..
Tak sangka pula dia menuju kearah saya..
Elok berdiri di sebelah saya sambil menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi..
Dan Rambai sedang merakam aksi saya tanpa sedar..
Aduhaiiii rasa merah muka waktu itu..
Amir dan anak-anak duk gelak dari belakang..
First time ada orang mainkan gitar dan nyanyi untuk saya.. Hahaha..
Terharu sangattttt..


Hari Isnin, balik saja Kakak Dhiya dari sekolah..
Diserahkan 2 lolipop dan satu coklat untuk saya..
Siap ucapan "Happy Birthday Abu"..
Alahaiiii anak..
Sebak rasa hati.. Gembira tak terkata..
Saya peluk Kakak Dhiya erat-erat..
Ni harta saya dunia akhirat..
Alhamdulillah..


Kiranya termasuk hari ini, ada dua sambutan untuk saya dan Iyad..
Alhamdulillah, moga Allah permudahkan rezeki buat mereka-mereka yang baik hati ini..
InsyaAllah..

*Dalam pada saya berduka oleh manusia-manusia yang membenci.. Allah kurniakan insan-insan berhati mulia yang penuh kasih sayang.. Hingga tenggelam terus wajah-wajah mereka yang membenci ini.. Alhamdulillah, ramai lagi mereka-mereka yang kaya kasih sayang dan sentiasa berfikiran positif berbanding yang berfikiran negatif ini..*


°Sekarang ni seronok pula main Instagram.. Syok pula post gambar kat IG.. Hehehe..°

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment