Thursday, April 6, 2017

~Terima Kasih Daun Keladi..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah syukur..
Allah swt beri peluang lagi untuk bernafas di muka bumi ini..
Kesihatan yang baik juga kebahagiaan yang berpanjangan..
InsyaAllah, moga kekal hingga hujung nyawa..

Dari sehari ke sehari saya ingin menulis..
Namun kekangan masa membuatkan segalanya tertangguh..
Waktu ini diberi ruang olehNYA..
Maka saya isi dengan sebaiknya..

Entry yang lalu saya ceritakan tentang Imad yang mula diserang sawan secara kronik untuk kali pertama..
Entry kali ini, saya karangkan khas buat mereka-mereka yang Allah swt kurniakan hati yang baik dan tulus..
Ini kisah sepanjang saya di hospital bersama Imad..

Hari kejadian, saya hanya sempat tidur 2 jam lebih saja sebelum bergegas ke HKL..
Sepanjang minggu itu memang saya kurang sangat tidur..
Sewaktu Imad di Zon Kritikal, apabila Doktor panggil saya untuk sesi temuramah, saya minta untuk duduk kerana tubuh yang sangat lemah..
Kalau berdiri lebih lama lagi, bimbang saya pitam..
Beberapa kali saya ulang alik dari bilik menunggu ke ruang Zon Kritikal..
Hingga la kami dihantar ke ICU Paediatric..
Waktu saya minta izin untuk solat Subuh dari seorang doktor wanita muda yang kendalikan kes Imad..
Maaf, saya tidak tahu nama beliau kerana tidak perasan nama yang terdapat pada tag yang tergantung di lehernya..
Doktor tu beritahu saya, ada vending machine di luar bangunan Institut Paediatrik itu sekiranya saya ingin membeli makanan dan minuman untuk mengalas perut..
Di saat itu, baru saya teringat, beg duit saya ada di dalam kereta yang sudah pun dibawa pergi oleh Incik Hubby..
Saya mengeluh perlahan, sambil bercerita hal itu..
Doktor itu menawarkan diri untuk membeli secawan milo untuk saya..
Kerana malu, saya tolak dengan sopan..
Kata doktor itu, "Muka Puan dah pucat, at least minum milo secawan untuk beri tenaga sikit, tak apa saya bayarkan untuk Puan, InsyaAllah saya ikhlas.."
Tak sempat saya kata apa, beliau telah berlalu dari depan pintu surau..
Lebih kurang 5 minit selepas itu, saya dihulur secawan kecil milo sejuk..
Allahuakbar, terharu sangat rasa hati..
Berkali-kali saya ucapkan terima kasih kepadanya..
Saya sisip sedikit dan simpan bakinya untuk selepas solat..

*Walau hanya secawan kecil, namun budinya tetap besar..

Sewaktu di dalam bilik menunggu di ICU, phone saya hampir kehabisan battery..
Saya cuba hubungi adik yang bekerja di HKL, kalau-kalau shiftnya waktu itu..
Malangnya tak dapat dihubungi..
Cuba pula hubungi teman saya yang bekerja di PWTC..
Kiranya dapat meminjam sekejap charger..
Katanya dia cuba untuk membantu..
Sedang saya bercakap di talian dengan teman tadi, ada seorang wanita di dalam ruangan menunggu itu..
Terdengar perbualan saya barangkali, beliau tawarkan untuk dipinjam chargernya buat sementara..
Alhamdulillah, Allah datangkan insan mulia di saat saya memerlukan..
Lebih kurang setengah jam sesudah itu, teman saya pun sampai..
Bukan hanya charger yang dihulur, tapi satu plastik penuh dengan roti, biskut dan air juga..
Tak terluah betapa terharunya saya dengan teman-teman yang sangat prihatin sebegini..
Alhamdulillah, pagi itu saya punya tenaga yang lebih baik berbanding sebelum Subuh itu..
Adik saya sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi..
Di ajak saya untuk menjamu selera di food court yang berhampiran..
Sesudah itu dia temankan saya untuk berjumpa doktor di dalam wad ICU itu untuk bertanyakan kondisi Imad..
Setelah mendapat jawapan yang memuaskan, saya minta izin Doktor bertugas untuk balik rumah menyiapkan apa yang perlu sebelum dimasukkan ke wad petang itu..
Mujur juga adik saya beri pinjam keretanya untuk kemudahan saya..

*Di atas kerusi ini la saya setia menanti Imad di ICU.. Sempat tidur sekejap sewaktu tiada orang lain di ruangan ini..

Waktu di wad, tak ada masalah sangat kerana Imad asyik tidur..
Maka saya bebas untuk mandi, solat dan ke kedai untuk membeli makanan..
Tak perlu membeli sangat sebenarnya..
Waktu malam bila Incik Hubby menemani, sempat dibawa makanan untuk saya menjamah..
Tidak kurang juga adik saya yang baik hati membelikan makanan buat saya sewaktu disini..
Bukan tiada makanan hospital, cuma sedia maklum, makanan disediakan waktu-waktu tertentu saja..
Doktor dan nurse di wad KK2 Intitut Paediatrik sangat baik dan sangat membantu..
Jika sebelum ini, saya perlu dapatkan temujanji dengan pakar bagi memohon kad OKU buat Imad..
Namun Doktor Cina (Doktor Soo) ini memudahkan urusan saya..
Petang sebelum kami discharged, beliau menghulurkan borang permohonan OKU yang lengkap untuk saya daftarkan ke JKM Negeri Selangor..

*Antara makanan yang dibawa Incik Hubby dan adik saya.. Memang menyelerakan..

*Ini antara HO dan pakar yang merawat Imad dan memberi maklumat yang terperinci untuk saya..

Alhamdulillah, Allah ketemukan saya dengan insan-insan yang sangat baik hati dan mulia..
Sudi memberi bantuan tanpa berkira..
Barangkali saya tak mampu membalasnya..
Namun saya hanya berdoa moga Allah permudahkan setiap urusan mereka sehari-harian..
Merahmati, memberkati dan mengasihi insan-insan ini kerana budi baik yang mereka taburkan untuk saya tika sangat-sangat memerlukan..
Orang berbudi kita berbahasa..
Terima kasih daun keladi..
Hutang budi di bawa mati..

*Tidak lupa juga terima kasih kepada Kak Wan dan anak-anak yang sudi jaga Dhiya dan Iyad sepanjang ketiadaan saya.. Moga Allah sahaja yang membalas jasa-jasa kalian.. InsyaAllah, ameen..*

*Cinta hati saya.. Dua malam tidak tidur bersama, rindu makin menggunung..

-AkU-
Syurga Addin..
06:47 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment