Sunday, May 14, 2017

~13 Tahun Sudah Berlalu..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"...Alhamdulillah, syukur..
13 tahun sudah berlalu..
Dan kita masih menghitung waktu..
Menghimpun kenangan, mencipta memori..
Aku masih mahu berlarian bersama mendaki tujuh warna pelangi indah..
Atau bergayutan di sayap sang camar, terbang merentasi 7 lautan..
Atau mungkin juga sekadar berbaring di hamparan bunga-bunga yang sedang berkembang mekar..
Aku ingin setia mendiami sangkar rusukmu..
Tanpa perlu bertukar ganti..
Aku mahu terus berdegup dalam setiap denyut jantungmu..
Untuk setiap titis darah dan airmatamu..
Biar aku yang menjadi derita dan bahagiamu..
Setelah pintu ijab dan qabul kau buka..
Simpan la kuncinya hingga saat kita terhimpun di "alam sana"..
Kita telah melalui musim bunga yang penuh warna warni di awal usia pernikahan..
Aku masih ingin menikmati hangat cuaca waktu musim panas bertukar wajah setelah antara kita dikurniakan putera puteri penghias syurga..
Dan aku tetap setia menunggu dedaunan bertukar warna emas tika musim luruh menjengah saat usia menganjak senja..
Atau putih suci musim dingin, petanda kita sedang di penghujung nyawa..
Moga masih sempat buat kita melihat warna jingga senja di kaki langit..
Juga menyaksikan sinar purnama menghiasi dada langit..
Sambil jemari bersulam..
Bersama doa keberkatan Ilahi..
Dan saat ini..
Aku masih tetap berimpian menghitung nafas-nafas akhir kita..
Mengira senyum dan tangis kita..
Mengukir sukar dan senang kita..
Melukis suka dan duka kita..
Aku masih menyimpan harapan untuk menjadi makmum dalam setiap saf pimpinanmu..
Hingga ke akhir nafas ini..
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Kita Yang Ke 13..
Moga doa dan impian menjadi satu.. termakbul.. nyata..."

Ini posting saya di fesbuk tanggal 1 May yang lalu..
Saya nukilkan kata-kata berikut sewaktu sedang memasak untuk makan malam bersama suami dan anak-anak..
Sesudah selesai makan malam, saja saya beritahu suami ada perkara hendak dibincangkan..
Bila saja suami sudah bersedia mendengar, saya tunjukkan posting ini kepadanya..
Lama suami membaca.. (membaca atau mengeja.. Hahaha..)
Setelah itu, saya ditarik dalam pelukannya berserta ciuman sambil mengucapkan selamat ulang tahun yang baru..
Saya faham suami memang susah nak ingat semua perkara..
Tak ada salahnya kalau saya ingatkan dia..
Dan saya tak pernah berkecil hati pun jika suami tak ingat tarikh-tarikh yang sepatutnya..
Suami kembali membaca kata-kata saya itu..
Suami cakap, dia suka apa yang saya tulis, sedap dibaca.. (kembang sekejap.. Hahaha..)
Setelah itu, saya hulurkan hadiah yang memang sudah dibeli awal-awal lagi..
Seronok sangat suami saya tengok..
Sesekali diberi hadiah, senyum sepanjang masa.. Hehehe..
Hadiah untuk saya ?? 
Biar la rahsia.. Hahaha..


*Cepat sungguh masa berlalu.. Sedar tak sedar dah 13 tahun mengharungi hidup berumahtangga.. Segala asam garam pahit manis kami tempuh bersama.. Tipu la kalau kata tak pernah sengketa.. Sedangkan lidah lagi tergigit.. Namun itu semua satu pengajaran buat kami lebih matang dalam menempuhi alam perkahwinan.. Kami lebih mengenali antara satu sama lain.. Moga Allah beri peluang dan ruang buat kami untuk terus memperbaiki ikatan yang terjalin ini.. InsyaAllah.. Ameen, yarobbal'alameen..* 

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment