Monday, June 5, 2017

~Incik Hubby Dah Ada Whatsapp..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Zaman sekarang ni, boleh kata majoriti menggunakan aplikasi whatsapp untuk berbual dengan sesiapa jua..
Selain percuma, mudah juga mengetahui mesej kita sudah sampai atau sudah dibaca oleh penerima..
Sebelum ni memang Incik Hubby ada whatsapp..
Tapi semenjak tab yang digunakan rosak, maka dia lebih suka menggunakan phone untuk bermesej..
Maknanya sms berbayar..
Saya memang tak ada masalah, sebab jarang juga bermesej dengan Incik Hubby..
Cuma jika ada perkara penting, dan diwaktu itu Incik Hubby tidak dapat dihubungi, maka saya gunakan sms..
Tapi jenuh juga bila dia tiada whatsapp..
Saya berkongsi lebih kurang 6 grup whatsapp dengan Incik Hubby..
Bila dia sudah tiada whatsapp, maka nombor saya menjadi mangsa..
Segala berita, mesej atau gambar akan diterima melalui phone saya..
Setiap kali Incik Hubby di rumah, makanya phone saya akan menjadi miliknya..
Selain whatsapp, fesbuk juga melalui phone saya..
Mujur juga saya sudah kurang berminat dengan media sosial..
Maka, tak menjadi hal sekiranya Incik Hubby conquer phone saya.. Hehehe..

Masa mula-mula tab dia rosak, katanya tak kisah pun..
Konon malas dah nak ber media sosial ni..
Tapi sudahnya phone saya juga menjadi mangsa.. Hahaha..

La ni Incik Hubby dah ada phone sendiri..
Maka boleh la berwassap bagai..
Makin sibuk la dia bila dah ada phone sendiri..
Dah takde sibuk nak mengendeng phone saya lagi.. Hehehe..
Selain wassap dan fesbuk..
Incik Hubby juga sudah diajar tentang Instagram..
Hehehe.. Lagi la rajin dia upload segala gambar berkenaan bisnes..

Masa Incik Hubby guna tab pinjam dulu..
Saya tak rajin hantar segala gambar kat dia..
Hantar gambar anak-anak, bila disuruh saja..
Nama pun saya tak save dalam tab tu..
Incik Hubby yang save nama saya "SEC"..
Katanya sesuai dengan saya sebagai secretary hidup dia.. Hahaha..
Sekarang ni bila dah ada phone sendiri..
Boleh la save segala detail dalam tu..
Nak letak gambar anak-anak pun saya tak la segan mana..
Sebab hak milik Incik Hubby..
Cuma saya masih lagi jarang bermesej menggunakan whatsapp..
Nak pulak bila Incik Hubby outstation..
Lagi la saya tak mau ganggu..
Selagi tak ada benda penting, maka saya boleh saja tunggu sehingga Incik Hubby pulang ke rumah kami..
Sepertimana sebelum ni, tak berubah bila Incik Hubby dah ada phone baru..
Tak ada sebab untuk saya ganggu masa Incik Hubby bila dia outstation..
Menghormati masa dia di luar bersama orang-orang lain..
Cumanya kalau Incik Hubby outstation jauh dan lama, boleh la digunakan sebagai penghubung sebab anak-anak dah pandai tanya Yayah kalau lama tak jumpa..
Boleh la buat video call..
Macam sekarang ni, Incik Hubby dah seminggu di Kelantan..
Setiap malam kami berhubung melalui video call whatsapp..
Free tak payah bayar.. Boleh borak lama-lama.. Hehehe..
Tapi lebih kepada anak-anak je la..
Diorang lagi excited bila nampak Ayah dalam phone..
Rindu agaknya bila lama tak nampak Ayah secara live..

Meriah dah hidup Incik Hubby sekarang..
Kalau kat rumah, dia sibuk dengan phone dia..
Anak-anak sibuk dengan phone saya..
Dan saya ???
Semua sibuk, saya pun bercinta dengan buku-buku, pensil dan kertas-kertas.. Hehehe..
Kesian sungguh la.. Nak buat macam mana..
Terpaksa la..



*Phone Incik Hubby ni kecik sikit la berbanding tab dulu.. Tapi berkali-kali Incik Hubby ucap terima kasih, sebab tak sangka saya nak bagi dia hadiah gitu.. Katanya oke juga phone kecik sikit, bila orang call phone tu, tak rasa malu nak menjawab sebab kecik.. Kalau tab dulu, jenuh juga nak letak kat telinga sebab besar.. hehehe.. Apa-apa je la..*

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment