Monday, July 24, 2017

~Syawal Yang Berbeza..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah lama rasanya tak bersiaran..
Sampaikan Incik Hubby pun tanya, mengapa tak berblogging lagi..
Hehehe.. Bukan tak mau, tapi kekangan masa dan keadaan tak mengizinkan..

Alhamdulillah, kala ini ada masa sedikit untuk menulis..
Hari terakhir Syawal..
Rasanya belum terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Mohon Maaf Zahir Dan Batin..
Moga tahun ini memberikan seribu satu kebahagian buat kita semua..
InsyaAllah..

Tahun ni sambutan Syawal saya berlainan dari tahun-tahun yang lalu..
Alhamdulillah, tahun ini Syawal saya lengkap bersama suami dan anak-anak..
Setelah berbelas tahun hanya berhari raya sendiri dan anak-anak..
Sudah tentu kali ini sambutannya berbeza..

Sebelum Ramadhan lagi Incik Hubby sudah outstation ke Kelantan..
Lagi 3 hari sebelum Syawal, baru kami berjumpa..
Sempat juga bersahur dan berbuka bersama..
Petang sebelum raya kami ke Pasar Borong Selayang mencari bahan-bahan untuk memasak juadah pagi raya..
Malam raya tu, Incik Hubby bawa saya dan anak-anak mencari persiapan raya..
Merata kami berjalan, mencari pelbagai barangan..
Balik saja ke rumah, Incik Hubby mula mengemas apa yang patut, sementelah saya sibuk di dapur..
Juadah pagi raya kali ini diminta khas oleh Incik Hubby..
Ketupat daun kelapa, rendang ayam tua dan kuah kacang..
Ketupat yang saya anyam sendiri..
Ini memang wajib ada setiap tahun, biarpun saya berhari raya sendiri..
Kuah kacang, ini kali ke dua saya masak untuk juadah hari raya..
Lebih kurang pukul 12.30 malam, saya minta Incik Hubby tidurkan anak-anak..
Makanya tinggal la saya seorang menyiapkan juadah..
Sibuk sangat buat kerja, tak sedar habis memasak pukul 3 pagi..
Saya naik ke bilik untuk mandi dan merehatkan badan..
Incik Hubby masih tak tidur lagi..

"Dah masak ke ? Boleh tak Abang makan ?"
Tanya Incik Hubby dengan mata bersinar-sinar.. Hahaha..

"Rendang boleh la makan, ketupat tu kena tunggu sejuk baru boleh potong.."
Jawab saya..

"Tak pun, Abang pi la beli lemang kat Greenwood sana.. Diorang duk tengah bakar tu.."
Saya memberi cadangan..

Incik Hubby tak tunggu lama, terus sarung baju dan start kereta..
Tak lama tu, Incik Hubby sampai dengan lemang 2 batang di tangan..
Kami rasmikan dulu lemang, rendang dan kuah kacang pukul 4 pagi.. Hehehe..
Dan Incik Hubby sangat berpuas hati dengan masakan saya..
Alhamdulillah..

Pagi raya tu..
Pertama kali saya dapat bersalaman dengan Incik Hubby.. 1 Syawal..
Sebelum-sebelum ni hanya bercakap di talian saja..
Anak-anak juga beratur bersalaman dengan Ayah dan Ibu..
Perkara baru untuk anak-anak.. Hehehe..

Rumah pertama berhari raya ada la rumah jiran saya di hadapan..
Meriah rasanya pagi raya itu..
Petang pula, kami ke Ampang, rumah mak saya..
Rumah Papa tak dapat pergi sebab Papa beraya bersama Mama di Miri..
Lepas maghrib, kami bertolak ke Kg. Dusun, Kuala Lipis..
Kami menyambut raya di sini..
Kemeriahan hari raya di kampung..
Berbeza keadaannya dengan bandar..
Seronok di sini..
Anak-anak pun nampak excited sangat sebab dah lama tak berjalan jauh..
Kami pulang semula ke Kuala Lumpur pada malam hari raya kedua..

Indahnya Syawal tahun ini..



*Malam raya anak-anak pun nampak seronok sangat.. Main bunga api dengan Ayah dan anak-anak jiran.. Mungkin mereka juga rasakan kemeriahan Syawal tahun ini.. First time anak-anak dan Ibu dapat duit raya secara "live".. Hahaha.. Keindahan Syawal yang terakam, saya simpan menjadi kenangan terindah..*

-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment