Wednesday, September 27, 2017

~SLE.. Hadirnya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

SLE atau Systemic Lupus Erythematosus..

Kali pertama "berkenalan" dengan nama penyakit ini ada la pada tahun 1992..
Masa tu mungkin saya tak berapa nak kisah tentang penyakit ni..
Iya la, baru darjah 5 time tu..
Masih ramai sebenarnya yang tak pernah dengar tentang SLE..
Jadi mari kita berkenalan dengan penyakit ini..

"Systemic Lupus Erythematosus (SLE) is a chronic, auto-immune disease of unknown cause where the patient’s body makes large quantities of blood proteins called anti-bodies that react against the person’s own tissues.
History
Lupus is the Latin word for wolf. Erythematosus means red rashes. In 1851, Dr. Cazenave discovered red rashes on a patient’s face that looked like wolf bites. He named the rash Discoid Lupus Erythematosus (DLE).
In 1885, Sir William Osler recognised that many people with lupus had a disease involving not only the skin but many other organs or systems. He named the disease Systemic Lupus Erythematosus (SLE)." bla.. bla.. bla..

Apakah SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Selanjutnya, anda boleh minta tolong dengan Cik Gugel..
Jangan jadi pemalas.. Nak ilmu, kena la rajin.. hehe..

Nak bercerita sikit..

Hujung bulan September 3 tahun yang lalu..
Saya mendapat satu berita sedih..
Kakak saya, Kak Amy yang duduk kat Ipoh tu jatuh sakit..
Dia ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri di dalam toilet kat tempat kerja..
Terus dihantar ke hospital..
Sempat la check in dalam hospital seminggu lebih..
Masa di hospital, doktor sahkan dia diserang minor strok..
Kakak sorang lagi yang duduk di Ipoh jugak, Tokey Santan..
Dia la yang bagi segala maklumat dan berita tentang Kak Amy ni..
Katanya tangan sebelah Kak Amy tak berapa boleh bergerak cergas..
Pemikiran dia pun tak berapa nak oke..
Nak pakai seluar baju pun dah tak pandai, apatah lagi sikat rambut..
Katil dia sendiri pun tak ingat kat mana..
Setiap hari bila suami dia datang melawat..
Perlu disuruh untuk buat sesuatu, baru dia buat..
Kalau tak, melangut la macam orang bingung..
Setelah beberapa lama di hospital, dan kesihatan dia semakin pulih, maka doktor benarkan dia pulang..
Dia perlu masa juga untuk pulih dari minor strok..
Dia didiagnosis sebagai penghidap SLE..
Dia dibekalkan steroid untuk diambil setiap hari untuk seumur hidup..
Beberapa bulan berlalu, sampai berita baru pula..
Bagai sudah jatuh ditimpa tangga..
Dia disahkan osteoporosis pula di usia 36 tahun..
Segalanya berlaku sekelip mata..

*Ini dipanggil butterfly rash.. Arwah Kak Ngah dulu pun ada simptom begini.. Kak Amy juga sudah ada tanda begini..

Untuk makluman pembaca Syurga Addin..
Kakak no 2 saya iaitu Kak Ngah juga penghidap SLE..
Dan Kak Ngah telah pun meninggal dunia sewaktu usianya 21 tahun..
Itu la kali pertama saya mengetahui mengenai SLE..

Dan kini penyakit itu hadir kembali di kalangan keluarga kami..
Dikala itu, kami adik beradik berbincang macam-macam mengenai keadaan ini..
Doktor Kuantan (Kakak no 4) minta adik-beradik yang lain untuk buat blood test..
Bagi memastikan kami bebas dari penyakit ini..
Atau sekiranya blood test positif SLE, tindakan awal boleh diambil bagi mengawalnya..
Kakak Sulung (Kak Long) dan Kakak no 3 (Kak Lang) sudah pun ke klinik untuk blood test dan hasilnya mereka bebas dari SLE..
Hanya tinggal saya dan Kakak no 5 (Tokey Santan) saja..
Mengapa saya tidak pergi buat blood test waktu itu ?
Jawapannya sebab saya takut sangat..
Kenapa saya takut ?
Sebab kata Doktor Kuantan, saya punya simptom-simptom awal penyakit SLE..
Diantaranya saya pernah beberapa kali keguguran..
Dan juga 2 dari 4 anak saya disahkan IUGR (Intrauterine Growth Retardation)

25 tahun yang lalu..
Saya sendiri menyaksikan betapa deritanya arwah Kak Ngah menghadapi penyakit ini..
Macam-macam yang keluarga kami lakukan semata-mata untuk menyembuhkannya..
Baik perubatan moden ataupun tradisional..
Hinggakan pernah juga bomoh yang mengubati mengatakan arwah Kak Ngah dibuat orang..
Katanya bukan orang jauh, tapi dikalangan keluarga juga..
Bermacam cara berubat yang terpaksa dilalui oleh arwah Kak Ngah..
Namun tetap juga begitu..
Waktu itu memang kami tiada langsung maklumat berkenaan penyakit SLE ni..
Maka segala yang diberitahu oleh pengubat, kami terima..
Hingga la satu masa, penyakit arwah Kak Ngah sudah sampai ke kemuncak..
Arwah Kak Ngah dimasukkan ke hospital (GH)..
Dan hayatnya berakhir di katil hospital di kala Subuh mula menampakkan diri..

Ya.. Kenangan ini yang menyukarkan lagi untuk saya pergi ke klinik untuk blood test waktu itu..
Melihat keadaan Kak Ngah dahulu, saya jadi takut sekiranya saya disahkan positif..
Saya tak fikirkan tentang perkara lain..
Apa yang lebih mengisi kerisauan saya ada la anak-anak..
Apa akan jadi pada mereka sekiranya keadaan saya sama seperti arwah Kak Ngah..
Entah la, tak terbayang rasanya..
Tapi bila difikir kembali, saya perlu sahkan segalanya di awal waktu..
Agar boleh juga bersiap sedia sebarang kemungkinan..

InsyaAllah, saya mampu menerima segala ketentuanNYA..
DIA yang memberi penyakit..
Maka DIA la yang menyembuhkannya..
Kita hanya mampu berusaha..
Moga-moga segala usaha akan diberkati olehNYA..

Saya berbincang dengan Incik Hubby..
Katanya, jangan risau, kita akan hadapi segalanya bersama-sama..
Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk saya menghadapi segala kemungkinan..
Saya redha andai ini yang telah ditakdirkan untuk saya..
Kita merancang, Allah swt juga merancang..
Dan perancanganNYA pasti yang terbaik untuk makhlukNYA..

*Saya hanya ingin bahagia bersama keluarga sampai akhir nafas saya.. Doakan untuk saya juga jika anda membaca nukilan saya ini.. Moga Allah merahmati usia saya hingga ke penghujungnya.. InsyaAllah, ameen yarobbal'alameen..*


-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment